Jompa: Platform Tempatan Bantu Cari Lokasi Jumpa Paling Adil Untuk Semua

KUALA LUMPUR - Menentukan lokasi perjumpaan bersama rakan-rakan kini boleh dilakukan dengan lebih mudah menerusi Jompa, sebuah platform percuma buatan Malaysia yang membantu kumpulan mencari tempat pertemuan berdasarkan anggaran masa perjalanan setiap individu.
Berbeza dengan kaedah biasa yang hanya mengambil kira jarak geografi, Jompa membandingkan masa perjalanan sebenar untuk mencadangkan lokasi yang lebih praktikal dan adil kepada semua peserta.

Perkara itu penting kerana lokasi yang kelihatan berada di tengah-tengah antara dua individu tidak semestinya mudah untuk diakses. Faktor seperti keadaan jalan raya, kesesakan trafik dan pilihan pengangkutan boleh menyebabkan seseorang mengambil masa lebih lama berbanding yang lain lain.
Maka dengan sebab itulah tercetusnya idea Jompa oleh pembangunnya, saudara Iqram Zain. Katanya dalam satu utusan LinkedIn, ”Since my last post, I've been bombarded with invitations to meet up. And I've been arranging quite a few myself. One thing I noticed, arranging a meetup is sometimes harder than the meetup itself.“
Jompa berfungsi dengan membolehkan penganjur mencipta sesi perjumpaan dan berkongsi pautan jemputan peribadi dengan peserta lain.

Setiap peserta hanya perlu membuka pautan tersebut dan memasukkan lokasi permulaan serta pilihan pengangkutan masing-masing. Platform itu kemudian menggunakan data peta dan laluan perjalanan untuk mengira anggaran masa sebelum mencadangkan lokasi yang bersesuaian.
Menariknya, Jompa mengutamakan lokasi yang dapat mengurangkan masa perjalanan paling lama dalam kumpulan. Pendekatan ini bertujuan mengelakkan situasi apabila kebanyakan peserta mudah sampai ke sesuatu tempat, tetapi seorang lagi terpaksa melakukan perjalanan yang jauh lebih lama.

Selepas menerima cadangan lokasi, peserta boleh menyemak pilihan yang tersedia dan mengundi tempat pilihan masing-masing sebelum penganjur mengesahkan lokasi akhir. Selain memudahkan perancangan perjumpaan, Jompa turut mengambil kira aspek privasi pengguna.
Lokasi permulaan setiap peserta tidak dipaparkan kepada ahli kumpulan lain. Menurut maklumat privasi platform tersebut, koordinat lokasi juga disulitkan dan dijadualkan untuk dipadamkan sejurus selepas penganjur mengesahkan lokasi perjumpaan.

Jompa turut menyokong ciri bantuan kecerdasan buatan (AI) untuk memudahkan proses mencipta pautan perjumpaan. Walaupun AI boleh membantu menyediakan sesi awal, setiap peserta masih perlu mengesahkan lokasi permulaan masing-masing secara peribadi melalui pelayar web. Jompa boleh digunakan secara percuma terus sama melalui pelayar web ataupun dengan memuat turun aplikasi di telefon Android ataupun iOS.
Dalam era serba digital dan ledakan solusi akibat kemajuan AI, orang berlumba-lumba membangunkan perisian. Walau bagaimanapun, hanya yang betul-betul berguna, yang menyelesaikan masalah, serta releven dengan pengguna sahaja yang akan kekal.
Pengguna yang ingin mencubanya boleh melayari laman web rasmi Jompa di www.jompa.je.