Institusi pendidikan MARA terima cuti tambahan sempena Aidilfitri

Institusi pendidikan MARA terima cuti tambahan sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR – Kesemua 345 institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan diberikan satu hari cuti tambahan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan bersama Ketua Pengarah MARA, Zulfikri Osman bagi memberi ruang kepada warga institusi pendidikan membuat persiapan menjelang Aidilfitri.

Menurutnya, pemberian cuti tambahan itu melibatkan semua institusi pendidikan MARA di seluruh negara.

“Saya telah berbincang dengan Ketua Pengarah MARA untuk memberikan satu hari cuti tambahan bersempena Hari Raya Aidilfitri kepada semua 345 institusi pendidikan MARA.

“Kenyataan rasmi daripada pihak MARA akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia turut mengumumkan satu hari cuti tambahan kepada semua sekolah di seluruh negara pada 18 Mac sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Menurut kementerian itu, cuti tambahan berkenaan bertujuan memberi peluang kepada guru, murid serta ibu bapa membuat persiapan sewajarnya bagi menyambut Aidilfitri dalam suasana lebih teratur.

Muzamir Ismail
Muzamir Ismail • Chief Editor / CEO
Minatnya dalam dunia penulisan bermula sejak di universiti, apabila aktif sebagai penulis blog bebas dan portal politik sejak tahun 2001. Selain menghasilkan berita dan rencana pendapat, beliau turut mahir dalam penulisan lirik dan puisi. Di samping itu, beliau merupakan penulis yang kritis dan dinamik, yang turut menyumbang secara aktif kepada perkembangan wacana politik tanah air.
Sila rujuk Siaran & Hebahan bagi siaran media atau hebahan rasmi.