Air Selangor ingin memaklumkan dua Loji Rawatan Air (LRA) terpaksa dihenti tugas dan satu loji beroperasi pada pengeluaran separa berikutan peningkatan paras sungai yang mengakibatkan banjir.

Bagi LRA Langat 2, berlaku penutupan bekalan elektrik kecemasan di muka sauk Semantan yang mengakibatkan ketiadaan bekalan air di LRA Langat 2. Di LRA Sg Langat, peningkatan paras kekeruhan air yang tinggi mengakibatkan LRA hanya mampu mengeluarkan 40% daripada pengeluaran harian manakala LRA Cheras Batu 11 terpaksa di henti tugas berikutan banjir.

Berikutan henti tugas loji-loji rawatan air ini, sebanyak 472 kawasan di tiga (3) Wilayah iaitu Wilayah Petaling, Wilayah Kuala Lumpur dan Wilayah Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. Para pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terlibat menerusi laman sesawang http://hentitugas.airselangor.com/ dan aplikasi Air Selangor.Jangkaan untuk LRA Cheras Batu 11, LRA Langat 2 dan LRA Sg. Langat beroperasi sepenuhnya masih belum dapat dipastikan buat masa ini.

Disebabkan oleh kesulitan yang dialami di mana kebanyakan jalan utama ditutup berikutan situasi banjir yang meningkat, Air Selangor tidak dapat menggerakkan bantuan bekalan air alternatif melalui lori tangki air kepada para pengguna dan premis-premis kritikal di kawasan-kawasan yang terjejas sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Share This