Mungkin anda terlepas pandang, secara tak sedar anda sebenarnya boleh membuat tuntutan baik pulih bagi kerosakan yang berpunca dari banjir.
Perlindungan banjir tidak ditulis secara terangan di atas nota lindung, sebaliknya ditulis sebagai “Special Perils”.
Special Perils adalah kumpulan perlindungan yang merangkumi kerosakan dari bencana alam seperti tanah runtuh, pokok tumbang, lopak air, banjir & lain lain lagi.
Rujuk kepada gambar, jika ada tertulis “Special Perils” di bahagian perlindungan tambahan, anda boleh terus membuat panggilan ke AACC (1300-22-1188), servis yang disediakan oleh Malaysian Insurance Companies and Takaful Providers bagi membuat tuntutan untuk semua jenama yang ada di Malaysia.

Walaupun sekarang kita boleh memperbaharui insurans / takaful secara atas talian serta merta, syarikat insurans/takaful anda masih akan memeriksa tarikh pembaharuan dan tarikh insiden bajir berlaku bagi memastikan ketelusan tuntutan.